Setengah orang KUTUK saya sebab sertai BERSIH 3.0 Cuba kongsi pengalaman apa yan...g
sebenarnya berlaku di sana pun, saya dipersendakan. Kononnya baru kena
tear-gas, dah kecoh. Orang lain kena tembak live-bullet & bom
phosphorus di Palestin, tak kecoh macam Bersih (walhal diaorang ni
setakat sedut asap rokok je, tak pernah rasa tear-gas CS yang dinaikkan
isipadunya)
Malahan, ada yang kutuk duduk rumah lagi baik,
Bersih 3.0 adalah satu perbuatan yang sia-sia, menyusahkan diri sendiri
saja & segala tuntutan kononnya wujud penipuan & manipulasi
dalam pilihanraya TIDAK AKAN DILAYAN pun...
JAWAPAN SAYA ADALAH SEPERTI DI BAWAH....
Berlaku kisah di zaman Nabi Ibrahim semasa Baginda dibakar oleh
kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam
paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang
dilakukannya berulang kali.
Tingkah lakunya diperhatikan
makhluk Allah yang lain yang kehairanan melihat perlakuan burung kecil,
lalu bertanya kepada burung kecil itu: “Wahai pipit, apa yang engkau
mahu lakukan?” tanya makhluk Allah yang lain.
“Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim,” jawab burung pipit.
“Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air
yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil, sedangkan api yang membakar
Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu.
Sia-sia saja usaha kamu itu,” kata burung lain pula.
Lalu
dijawab oleh burung berkenaan: “Memang ia tidak akan dapat memadamkan
api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal
aku nanti, apakah yang aku sudah lakukan untuk agama Allah, dan Allah
tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun
tidak.”
SAYA YAKIN USAHA KAMI MUNGKIN TAK SEBESAR MANA,
SEKADAR BERHIMPUN DENGAN AMAN, BANGKIT BERSAMA RAKYAT DEMI MASA DEPAN
TANAHAIR ... TAPI IA SUDAH CUKUP MENGGERUNKAN KERAJAAN HINGGA SANGGUP
MENGARAHKAN POLIS UNTUK BERTINDAK KASAR KE ATAS KAMI...
SEKURANG-KURANGNYA JIKA DITANYA ALLAH SWT, KAMI SUDAH PUN MENENTANG
KEMUNGKARAN TERSEBUT & MEMBANTAH RAKYAT TIDAK RELA DITIPU WALAU
SEDIKIT PUN....
Monday, 23 April 2012
Selar Kuning
Wow, besarnya mulut!
Banyaknya ikan
Album Azizah lama dah siap ok ke tak ok ke inilah hasilnya
Penyelaras Unit Uniform bersama pembantu memastikan keselamatan peserta perkhemahan
Tiga bersahabat baik.... Ayah Pin, Man Pulih dan Tok Moh...